Empayar adalah salah sebuah permainan online di bawah kelolaan BiNaGara.com. Mula diaktifkan pada tahun 2006 dan mengalami zaman jatuh bangunnya yang penuh dengan suka duka. Mula dipanggil permainan Empayar pada 2010 dan ia dimainkan secara percuma sahaja. Ia adalah permainan bermusim yang mana setiap musim dimainkan selama 50 hari.

Objektif permainan Empayar ini adalah untuk menjadi negara yang terhebat. Untuk menjadi yang terhebat, anda perlu menghantar rakyat anda meneroka kawasan baru. Luaskan kawasan jajahan anda untuk membangunkan lebih banyak bangunan. Lebih banyak kampung dibina, lebih ramai rakyat anda berkembang. Rakyat perlu diagih-agihkan tugas dan teknologi perlu sentiasa dinaiktaraf.

Berapa cepat negara anda dapat berkembang adalah bergantung kepada strategi anda sendiri. Tanpa ekonomi yang kukuh, negara anda menjadi negara mundur dan ketinggalan zaman. Tanpa pertahanan yang kukuh pula, negara anda terdedah dengan serangan daripada luar. Tanpa adanya pakatan dengan negara-negara luar, negara anda akan bersendirian dan akan menjadi lubuk serangan daripada pelbagai pihak.

Strategi adalah kunci utama kejayaan anda dalam permainan Empayar Binagara ini. RASAKAN TEKANANNYA, RASAKAN KEHEBATANNYA, RASAKAN BAGAIMANA BERGELAR PEMERINTAH NEGARA!!!