Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hi guys... terima kasih kerana masih sudi mengunjungi portal Empayar BNG dan terima kasih juga diucapkan kerana masih setia bersama Empayar BNG. Kepada yang baru mengunjungi portal Empayar BNG ini, selamat datang diucapkan dan saya berharap agar anda akan terus kekal bersama kami.

Setelah bertahun Kuang 'meninggalkan' BiNaGara (BNG) dan kesemua subdomainnya, kini Kuang sekali lagi kembali. Alhamdulillah 'robot' yang ditugaskan menjaga domain dan subdomain BNG berjaya menjalankan tugasnya dengan baik. Mode BNG kini telah ditukar daripada 'auto-pilot' kepada 'Manual'. Kuang akan menyambung kembali perancangan-perancangan dahulu yang terbengkalai.

Pada artikel kali ini, Kuang akan menyatakan perancangan-perancangan yang akan diambil untuk menaikkan kembali tahun kegemilangan BNG seperti beberapa tahun yang lalu. Mencari ahli baru dan memanggil ahli lama aktif semula ke dalam BNG adalah keutamaan Kuang pada masa kini.

Sebagai langkah pertama, Kuang akan memperbanyakkan artikel-artikel di portal Empayar BNG ini supaya dapat menarik minat para pengunjung singgah lebih lama dan lebih kerap di sini. Kalau ikut kata daripada pakar-pakar web marketing pun, diorang kata perbanyakkan artikel dalam website kita. So, itu yang akan Kuang gunakan. InsyaAllah.

BiNaGara adalah sebuah permainan strategi online versi Melayu yang hanya berasaskan teks. Kuang akan mempromosikan BNG di portal-portal social network untuk mendapat lebih banyak perhatian daripada para pengunjung mereka untuk datang ke BNG.

Kuang bukanlah seorang yang mahir dalam bidang pemasaran/marketing. Jadi agak susah untuk mempromosikan BNG ini. Bantuan daripada anda adalah amat Kuang harapkan. Jika anda ada sebarang cadangan untuk meningkatkan trafik BNG, jangan segan silu untuk beritahu Kuang. Kuang amat mengharapkan bantuan cadangan daripada anda.

Sekian sahaja untuk kali ini. Berjumpa lagi kita di lain artikel nanti.

Wassalam.