Assalamualaikum dan Selamat datang...

Kuang telah berjaya menggabungkan skrip php Empayar dengan cms PKCMS. Sekarang ni, dalam tempoh percubaan (BETA VERSION). Diminta agar semua pemain dapat mencuba EMPAYAR BETA VERSION ni dan bagitau la kat Kuang ek kalau-kalau ada apa-apa ralat ke, kelemahan yang boleh diperbaiki ke atau lain-lain lagi untuk memantapkan permainan ini.

Tujuan utama Kuang menggabungkan Empayar dengan PKCMS ni adalah kerana Kuang nak serius mengkomersialkan BNG kepada penduduk Malaysia dan memudahkan Kuang memantau website ni. PKCMS ni adalah 100% ciptaan Kuang dan BNG juga adalah 100% ciptaan Kuang (dibantu oleh maklumbalas daripada player BNG juga).

Dengan adanya CMS ini juga, Kuang dapatlah buat pakej pengiklanan kepada sesiapa yang ingin mempromosikan barangan/perkhidmatan mereka di dalam semua laman web BNG ini.

Untuk pengetahuan anda semua, semua laman web yang BiNaGara cipta adalah dikawal daripada satu sistem sahaja iaitu PKCMS. Laman-laman web tersebut adalah Empayar (empayar.binagara.com), Kelas PHP Cara Kuang (php5.binagara.com), Bloggers Player BNG (bloggers.binagara.com) dan laman utama BiNaGara (www.binagara.com). Laman Bisnes Kuang iaitu DNiaga.net dan usahawanhpa.net juga dibangunkan dengan menggunakan sistem PKCMS Kuang ini. Kuang cuma pantau semua laman web ni dekat satu tempat je. Canggihkan?

Projek BNG-Empayar dah settle, so sekarang ni, Kuang nak fokus balik dekat projek BNG-Armada pulak yang dah bertahun terbengkalai. Itu pon guna PKCMS juga. url die nanti armada.binagara.com . Nantikan kemunculannya ek.

So, diharapkan agar anda semua dapatlah login ke dalam Empayar versi Beta ni dengan menggunakan akaun game Empayar anda dulu. Kali ni tak guna username ek, tapi pakai emel korang plak.

Itu sahaja buat masa ini. Semoga berjumpa lagi di lain hari. Assalamualaikum...